CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 06, 2010

Zuckerberg?


PEMILIKAN FACEBOOK

Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard.Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edward dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat.Zuckerberg dikatakan seorang yang genius sejak kecil lagi.Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun, dia sudah mencipta satu permainan komputer yang dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse.Facebook pada mulanya dilancarkan hanya untuk kegunaan perhubungan antara dia dengan rakan sekuliah,akhirnya dikembangkan ke universiti sekitarnya hinggalah menjadi salah satu kegunaan perhubungan kita pada hari ini.

KAITAN ZUCKERBERG DENGAN ISRAEL

Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi(AEPi) yang aktif.AEPi adalah pertubuhan persaudaraan mahasiswa yahudi yang kuat di Amerika Syarikat dan Kanada.Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai satu-satunya persatuan persaudaraan di Israel.Persatuan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar universiti berbangsa Yahudi di AS.Asas utama pertubuhan ini, adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi, sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang.

BAGAIMANA FACEBOOK MENDAPAT KEUNTUNGAN?

Pendapatan utama facebook datang daripada iklan yang banyak dipaparkan.Iklan yang terdapat dalam facebook mempunyai sistem yang berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost per click) sekali klik $0.50.Jika di dalam masa satu hari ada 1,000 orang yang klik pada iklan itu maka facebook akan memperoleh pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan.Kiralah sendiri jumlahnya.

Jika itu jumlah wang yang diperolehi, anda boleh bayangkan berapa pula disalirkan untuk membiayai peperangan di Ghaza. Lebih malang lagi,sebahagian keuntungan itu disumbangkan oleh orang islam. Dengan klik saja pada facebook, kita turut sama menjadi pembunuh orang palestin, saudara seislam kita di Gaza.Dengan mudah, tanpa kita sedari, dalam jihad kita memerangi Israel laknat yang membunuh saudara kita disana, kita juga salah seorang yang membantu kaum laknatullah ini membunuh!


Dipetik dari Al-Islam

P/s: let's use technology wisely!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...