CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 26, 2011

YUhuu.. babai PTPTipu..


rasa lega sangattt sbb br abis byr PTPPTipu upss... PTPTN daa. sblum ni apply utk sistem ujrah spy leh dpt potongan 1% tu, tp geram bila kol xdpt2. kot2 la byr lum sum dpt discount, mana la tau kan..

sng2 byr jer abis, lg pn balance tinggal sket jer lg.dr penin2 kan kepala tiap2 bulan baik langsaikan hutang tu.ye tak?

speaking bout PTPTipu ni, terasa nak share pasal sistem ujrah la plak. sumber ni amik cn


[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

super sensitif: baca atas risiko sendiri. Ini adalah pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi AFN

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

3 comments:

MizzTina said...

sy br dpt borang utk ujrah ni..bila dh dpt info yg ada helah di sebalik sistem ujrah, hati jd tawar lak..xtau betul ke x sbb fikir blik, nape dia nk gak kt buat potongan gji..cthnye sy sendiri yg bekerja di syarikat kecil yg mmg xde buat sebarang potongan gji...humm, jd confuse dgn sistem ujrah ni..

MUMMY said...

mizzkechique> yup, ramai yg konpuse ttg sistem ujran yg byk helah ni... ni satu taktik ptptn nk tackle peminjam byr hutang.yp pnting byr gk wpn sket, nt mencanak2 htg kt ptptn, tak bis byr smp tua, hehe..

WaN said...

yup.. ai pun dah hantar borang ujrah tu.. langsung takde balasan.. bila kol, cakap nanti.. bila kol cakap nanti.. hampeh.. bayar semua baru tau.. hehehe

yg terbaik, jgn pedulikan sistem ujrah tu..

bayar jer rm50.00 sebulan, jgn ada tertunggak.. pastu baki yg ada boh dalam ASB.. kalau baki tu ada dalam rm150.00 ke, baik wat loan ASB rm10k atau 20k (ikut kemampuan) kat bank mebenk tu dan ambik tempoh 25 tahun.. bayar tahun pertama jer, baki dividen ASB tahun depan boleh wat bayar ptptpu selain wat bayaran ansuran bulanan .. dalam tempoh 10 tahun nak bayar ptptpu tu, dapat la duit cash ganti melalui simpanan ASB..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...