CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 02, 2010

tak sanggup lihat sofea jd jongang (overbite)..

Memang dh almaklum both my doters adalah penghisap puting tegar..tp alhamdulillah opah zara xbenarkan zara hisap puting.tp mummy tak sanggup nk dgr sofea nangis n xleh tdo.so mummy dengan sengajarela (despite of rungutan opah n maklong ttg keburukan pacifier ) bg pacifier kt sofea. lg satu mummy suker tgk sofea “muting” ..tomei nyer...nak2 lg bila puting jatuh, sofea akan amik n masuk kan dlm mulut or bila terbagun dr tdo n puting xde dlm mulut, dia akan bagun n cari puting n masukkan dalam mulutnyer, pastu sambung tido balik. oh. .. oh..so cuteeee sgt, isn’t she?..

02082010466  02082010468

mummy bg pacifier brand doc baby-rounded pacifier. yg lain mmg sofea xnk.pernah mummy tukar, nangis2 sampai mummy kena li jenis yg sama gk.

03082010476

nak jd citer, selama ni mummy perasan bila sofea sengih or gelak, mummy rasa cam something wrong.cam ada yg tak kena. nampak cohmel bila senyum tp look weird.mama yam ckp sofea senyum tak cantik sbb gigi xde.ok la mummy accept. tp after sofea starts teething ni, semalam mummy n papa main2 ngan sofea.sofea punyerla gelak (kbtulan mulut sofea ni luas cam Ning Baizura gitu).mummy pun ckp kt papa, “B, cuba tgk mulut sofea, nampak mcm pelik jer?”. so mr B pun belek2. “aah la, napa ek!”. then, mummy went to, OMG!!, rupa rupanyer, gusi sofea dh jd lekuk sblh kanan dek asik gonggong pacifier tu.dia suker ltk pacifier tu sblh kanan cam mak enon (dlm drama)menyongel sirih tu la. so, bila diperhatikan gusi atas sofea dh jd senget sebelah..mr B apalagi, terkedu n termenung for seconds.Agaknyer tgh imagine rupa sofea yg “jongang”.(lebih teruk kalo lagu “halimah jongang” ditukar camni, sofea jongang,jongang2,sofea gigi jongang..)tidakkkkkk.. xdpat mummy bayangkan..

moral of the story, ckp org tua kena dgr.kalo bantah mmg kena tulah ler..skrg baru mummy percaya keburukan pacifier ni. mummy tertarik dgn tulisan Dr Azwan mengenai pacifier ni:

….. Ada pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.

Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.

Pengalaman saya di klinik ialah Ibu bapa kebanyakannya tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa. Apa bezanya menghisap puting kosong sahaja berbanding botol susu yang berputing? Ya, secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis... Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata.

Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.

Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang.

Ada banyak petua untuk memberhentikan anak-anak daripada menghisap puting kosong ini. Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang menadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan? Petikan dari Blog Dr.Azwan http://drazwan.blogspot.com/

1 comment:

maklong said...

OMG!!??!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...