CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 13, 2010

Beban atas bahu sapa yg tahu

dah lama x update blog, malas sb keje guru ni banyak, sampai tak ingat apa yg pentadbir suruh wat...

saje nk touch on isu guru-guru terbeban dengan pelbagai tugasan, ramai yang bagi komen, dan biasanya komen negatif dr mereka yg tak terlibat dalam bidang perguruan. iyalah sapa yg suruh jg cikgu kan!

tapi,tapi... kene ingat core business guru adalah mengajar. bila dh kena wat kertas kerja, analisis itu ini, taip ad hoc laporan, handle competiton interschool or district level,(tu pun cikgu yg wat text bg budak), bila nk masuk kelas nk mengajar, rasa betul2 terbeban!

buktinya dh seminggu i mgadap laptop buat 8 teks debate utk budak sekolah, tak siap2 lg ni.debaters ada 3, first round motion: computer research has led to plagiarism. so i wat 3 teks hujah + 1 reply speech = 4 teks all. KALAU menang gi final, so wat 4 lagi teks yg lain. Motion: malaysian students are well prepared for life after school.KALAu x menang , tak ke sakit ati sbb dh spend masa wat teks ni. dah la bila bincang ngan students, aku tanya, aku gk yg bg jawapan.

pelajar2 ni sume spoon feeding type.

for me, beban tugas guru nie bergantung pada pentadbiran sekolah itu sendiri... enrolmen pelajar, gred sekolah dan sebagainya.mcm kt sekolah aku, xde masa nk goyang kaki. time rehat pn kdg2 xsempat makan. ada je kerja kena wat.seingat aku ada i lg kertas kerja lum siap (3K keselamatan).yg dah siap, kertas kerja minggu bulan bahasa dan program Intensif BI.

Setiap guru bukan ada 1 tugas jer (kalau ramai guru xde prob).Ada 3 unit pentadbiran. KURIKULUM, HAL EHWAL MURID, KOKURIKULUM. seorang guru akan ada tugas setiap unit itu.

contoh akula
KURIKULUM : Guru Matapelajaran subjek
HAL EHWAL MURID : Guru Tingkatan,
KOKURIKULUM : Guru Penasihat badminton, Guru Penasihat Ibnu Battuta, Guru Penasihat BI
TUGAS KHAS : Guru Keselamatan


tu tak termasuk tugasan HAKIKI seperti:
mengajar (25 masa)
menyiapkan rekod mengajar sebelum dan selepas mengajar bagi setiap kelas
menyediakan alat bantu mengajar
menanda buku,
menyiapkan laporan analisis peperiksaan setiap kali ujian
menyediakan nilai sasaran keputusan pelajar(TOV )(ETR)
menyiapkan soalan mengikut JSI,
Setahun sekurang-kurangnya 4 kali guru-guru perlu menanda kertas peperiksaan dan memasukkan data ke dalam Sistem SAP (Sistem Analisis Peperiksaan)
seterusnya mencetak keputusan, panggil ibu bapa
kalau result down, kena wat laporan
tak termasuk tugas guru tingkatan yg menjaga kerenah 35 org pelajar.dr sakit sampai la kes ponteng.

setiap hari sepatutnya lik kul 2.30 , balik kul 5.00. ambik anak dah kul 6.00. (anak org kita jg, ank sendiri xsempat jg).salin baju main ngan anak , prepare utk dia tido kul 7.00 atau ikut dia suka. pastu prepare brg anak utk esok.tup tap dh kul 10.00 mlm tido. dinner? dh seminggu aku x mkn malam n xdan lipat kain.

oklah, to be continued

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...