CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 03, 2011

trip to LaNgkaWi

yeay, finally i landed on Langkawi island! since we rarely have hubby n wife get-together, i was soo dlighted when tiba2 he asked me to arrange a trip to langkawi. sape xnak kan?

we were getting up our plane, landed n langkawi international airpot. pastu we rented myvi for 3D2N. then headed to Langkasuka hotel. n we started our adventure after check-in lah.

memula mesti la pergi pekan Kuah. once reached there, pening kepala tgk pinggan mangkuk n cokolat yg byk. saper kata murah? ok , murah la sket dr kt luar sana tp kt kelate pn ada (coklat jer tadak).boley pi rantau pnjg jer bli sume tu. takyah dok hotel n naik belon per.

hr kedua, pergi eagle Square. then shopping cokelat n pinggan mangkuk.xdpt pi naik kete kabel sbb under maintenance katanyer selama 2 minggu.

kesimpulannyer, best ker tak best pi langkawi? oke, best kalo p n balik lenggang kangkung n anak x meragam. best dpt sefamily bercuti takingataper.. best masuk bilik, tgk tv n tdo n main2 ngan anak.tak yah basuh pinggan, masak, kemas umah... lalala..(dalam hati ada taman nih..)

sepanjang trip sofea x byk tdo n byk la songehnyer.rase lega sgt dh sampai rumahh. bak kata mr B, xnk dh p langkawi dhi weh...




Wednesday, April 20, 2011

oh ipad 2...tido tak lena ingatkan dirimu....

since xleh nk bluetooth gambar my gegirlz, mummy nk share ttg my new obsession tahap dewa semenjak dua menjak nih..

introducing si cohmel lote...



image googled

best perr...tengah berangan2 bila sampai masa, nk korek tabung simpanan nk ushar2 ipad 2.tak sabo nyer...

naper ipad2 bukan iphone? xpelah hp tak canggih pun ssb mummy jrg gayut tp sangat ler slalu bertenet.lebih2 lg iphone4 byk limitation.sejam guna jer dh bosan.terpaksalah menjailbreakkan br mencapai tahap kesempurnaan dewa 7 petala langitdanbumi... kuikui..

wpun nk li ipad2 guna duit sendiri, tp kena wat gk working paper tunjuk kt "menteri kewangan".

So, presenting 10 reasons why mummy nk gk ipad2 ni tau.. ^^,

* i kan wanita korporat. ramai customer nk dientertain di alam mayapada nih...
* as a teacher mmg byk benefit guna ipad2 ni.
* ipad ringan, takde le terkedek2 kilik laptop beratyarabbi everyday ke sekul lg.lgpun nk taip keje2 sek leh guna komp kt skul jer.
* nk ajar my gegirlz celik IT
* leh face time ngan en B kalo beliau guna iphone ntahbilataktaulatuh....
* nk online kt kedai mamak takyah dh bw mouse,charger segala bagai.tahan 10 jam tu baterinyer.mcm bw buku tulis jer
* better than iphone4
* payah nk hang coz guna Dual Core A5 Chip dari segi performance, memang superborangcakapla..
* multitasking
* bole tgk movie, you tube dll

MT:macammana?lulus tak proposal ai nih?

Wednesday, March 23, 2011

tAHniAH!! att: Faiz n Syikin



arini result SPM 2010 kuar. wpn x ngajar spm tis year, tp super duper excited sbb 2 adik MT amik SPM tahun lepas. so bukan pelajr2 jer dub dab dub dab berdebar, para guru n ibubapa, abang kakak, datuk nenek pun tumpang gelishah nak tau result tu...

Berita baik utk pelajar yang menduduki SPM coz uol boley wat semakan keputusan SPM 2010 secara online bermula kul 12 tghri selain dtg ke sekolah masing2.

Caranyer..

* Taip SPM SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888

* contoh : SPM SEMAK 9701010011010 DJXXXXXXX hantar SMS ke 15888

tuk student spm 2010,SAMBT: semoga semua berjaya dapat keputusan yang terbaik.

MT: tahniah tuk faiz n syikin...emm..nak bg present aper ek..^^..

Wednesday, March 09, 2011

happy women's day! 8.3.2011


minggu ni pelajar SAMBT exam UPT1.b4 off for holiday kena makesure abis marking all papers, kalo tak nk cuti pun x syiokk jer.

sempat gk mengodek godek eg tukar. tarikh tutup update maklumat sampai 27/3. tapi server slow amat. tel sana sini bagai nak rak sbb maklumat xlengkap. tp xtau nk isi mcm mana dh.mybe sistem tu ada problem kot la.

harap tahun ni MT dpt pindah. pindah atas dasar mahukan yg terbaik dlm hidup kita bukan ssb xnk memberi khidmat kt sekolah sekarang. byk MT belajar dr guru2 kt sini.

Dah dapat pindah nanti, jangan lupakan kenangan kita.. if baik, jadikan tauladan. if buruk, jadikan sempadan..isk..isk...

........malam tadi MrB biasa kol sembang2 pasal anak, dh abis sembang tetiba beliau terdiam skjp,

MT: naper senyap?

MrB: nk cakap selamat..(pause)

MT: selamt apa?

MrB: errr selamat hari wanita..

MT:oh yer ker... (nampak sgt tak tau perkembangan semasa..terasa berharga plak diri ini sbg seorg wanita ^^..)

apa beshyer jd wanita nih...
* Tahu tak wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
* Sifat penyayang wanita yang lebih kuat daripada lelaki membuktikan doa mereka lebih mudah dimakbulkan. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
* Benda yang semua orang Islam tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
* Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
* Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Yang tak beshnyer jd wanita.
* Aurat wanita amat susah dijaga dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.
* Wanita tidak boleh menjadi ketua mahupun imam kepada lelaki kerana mereka tiada ciri-ciri kepimpinan di dalamnya.
* Wanita wajib taat kepada suaminya tidak kira seteruk mana pun suminya itu, tetapi lelaki tidak perlu taat kepada isteri. Sehinggakan mahu keluar rumah pun, si isteri perlu meminta izin dari suami terlebih dahulu.
* Waktu untuk wanita beribadah lebih sedikit daripada lelaki kerana kesihatan mereka.
* Wanita lebih ramai di neraka berbanding lelaki, mungkin disebabkan kuantiti mereka yang ramai.

MT:happy women's day utk myself n all women out there who work everyday for a living and got heart broken everyday for leaving their children behind...

Tuesday, February 22, 2011

Busy or Lazy?



wpun mummy bz a.k.a malas nk update blog semenjak 2 menjak tp laptop sentiasa on jer kt sek.

byk yg berlaku kt sekolah, kelas tambahan, koko, amal islami... nampaknyer tak menang tgn lepas ni.asik balik kul 5 ptg jer.

kt rumah anak plk demam memanjang. doktor udah, urut pun sudah.macam tu gk. 4 minggu x makan nasik. asik muntah2 jer. mmg buat mummy naik angin. sbnrnyer risau tp bla tensen + penat mulala menyirap darah..

byk teori yg mummy dengar dr doc n midwife:
-anak ko kembung
-x selera mkan sbb tekak merah
-muntah sbb byk angin
-kena sampuk jembalang tanah
-cacing ?

apeape jelah janji Pia cht walafiat.amin..

Monday, February 14, 2011

Mahu bergelar pengedar Sah GoldCrest Pavilion Sdn Bhd






PENGENALAN & KELEBIHAN GoldCrest Pavilion Sdn Bhd


PENGENALAN

http://www.gcp.com.my/

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009.GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

PRODUK UTAMA

Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulen, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.

Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulenan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W.

GCP juga merupakan pengedar sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland dan keluaran GCP. VISI Simpanan emas menjamin masa depan MISIMeningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT

Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .

SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

1)Satu salinan kad pengenalan
2)Dua keping gambar ukuran passport
3)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
4)Yuran Keahlian/Pendaftaran:

RM1000.00 Seumur Hidup.(Merangkumi perkhidmatan GCP kepada pengedar untuk seumur hidup serta alatan penimbang,teropong,batu tester dan asid untuk menguji ketulinan emas)

ATAU

Rm600 seumur hidup (Tiada alatan hanya bayaran utk perkhidmatan dan penghantaran seumur hidup)

FAEDAH MENJADI PENGEDAR

1)Membeli emas dengan harga rendah.

Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh : HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.

GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.

Contoh:-

Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.

Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).

GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.

GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
-Mencuci emas (percuma)
-Mencelup emas (kos minima)
-Menilai harga emas terpakai (percuma)
-Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

7)Kursus Usahawan Emas (percuma)

Pada setiap hari sabtu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari. Modul Kursus:-
-Teknik pemasaran
-Membeli emas terpakai

8) Insentif Pengedar (dealer get dealer)

Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
-Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
-Komisyen RM1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:-

Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.

Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.

Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:-

Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

PENUTUP

Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.

Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.

Disediakan oleh:

Shamsul Anuar Bin Md Ali,
Pengarah Urusan,
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd
http://www.gcp.com.my/
Admin@gcp.com.my



BAGAIMANA MAHU MENDAFTAR SEBAGAI DEALER SAH GCP

1. Masuk web site rasmi GCP www.gcp.com.my

2. Klik Register pada bahagian atas sebelah kanan web

3. Masukkan ID refference sahaja ( ad1393 ) selepas tu tekan butang semak

4. Nama saya sebagai reference akan tertera (HARTINI BINTI MAH HUSIN)

5. Kemudian klik di sini sekiranya BETUL.

6. ATAU

7. Masukkan ID refference sahaja ( ad1293 ) selepas tu tekan butang semak

8. Nama saya sebagai reference akan tertera (MOHD AIZUDDIN BIN MAH HUSIN)

9. Kemudian klik di sini sekiranya BETUL.

10. Selepas itu akan keluar kekotak KLIK di sini untuk teruskan Mendaftar.

11. Isi maklumat sebagaimana yang dikehendaki.

12. Setelah maklumat siap diisi tekan butang Submit.

13. Bayaran perlu dimasukkan ke akaun GCP seperti berikut : Akaun Maybank : 505103003954 (Goldcrest Pavilion Sdn Bhd)

Emel kan kepada : sales@gcp.com.my

Masukkan samaada RM600 (TIADA PERALATAN) atau RM1000 (PERALATAN DIBEKALKAN)

14. Selepas bank in, sila emelkan dan attachkan pict. bukti bayaran ke sales@gcp.com.my

15. No ID dan password akan dihantar kepada anda melalui emel.

16. Anda bergelar pengedar GCP yang sah dan boleh membuat pembelian emas dengan harga yang rendah melalui SYARIKAT GCP.

Friday, February 11, 2011

Nak Beli emas tak?...







nk promote emas tulen keluaran GCP (Gold Crest Pavilion) - syarikat 100% milik bumiputera. antara produk emas fizikal yg dijual ialah Dinar GCP 999, Rantai tangan 999 dan PAMP suisse.

so, ai ni kira dealer la. dealer tu adalah orang tengah yang dilantik untuk menguruskan pembelian antara pembeli dan syarikat. pembeli cuma perlu berurusan dengan dealer macam ai untuk membeli emas. setiap dealer ada nombor ID dealer sebagai authorized dealer bg pihak company.okeh?

dgn kata lain dapat minimumkan kos, in mean x perlu buka kedai emas di seluruh negara dan bayar kos gaji pekerja, pengawal keselamatan dan bil utiliti. sebab tu dapat jual emas jauh lebih murah dari kedai emas.

Yg beshnyer...kalau beli ngan dealer, boleh trus jual ngan mana2 dealer balik atau jual trus direct kepada GCP ikut jenis emas yg anda beli.

Harga semasa produk yg ditawarkan pada 10/2/2011:

Dinar tulen 999.9 = RM666.00
Gold Bar GCP 10 gram = RM1540.00/pc
Gold Bar GCP 20 gram = RM3080.00/pc
Rantai Tangan Tulen 999/gram 24K = RM154.78


dgn i leh dpt harga spesel tau ;)

harga emas semasa kt cn

999 = RM160.00
916 = RM151.00


Cara beli:
bank in byran dlm akaun maybank (akan diberitahu kelak).Dlm tempoh seawal 1 har bekerja dan selewat 5 hari bekerja, emas akan diserah kpd pemilik..

interested? call/sms 0123145517

Wednesday, January 26, 2011

YUhuu.. babai PTPTipu..


rasa lega sangattt sbb br abis byr PTPPTipu upss... PTPTN daa. sblum ni apply utk sistem ujrah spy leh dpt potongan 1% tu, tp geram bila kol xdpt2. kot2 la byr lum sum dpt discount, mana la tau kan..

sng2 byr jer abis, lg pn balance tinggal sket jer lg.dr penin2 kan kepala tiap2 bulan baik langsaikan hutang tu.ye tak?

speaking bout PTPTipu ni, terasa nak share pasal sistem ujrah la plak. sumber ni amik cn


[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

super sensitif: baca atas risiko sendiri. Ini adalah pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi AFN

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Tuesday, January 18, 2011

huhu...anakku demam..



siannyer ank mummy dmm.dh 4 hr dh.We first found her having fever last Saturday morning. time breakfast kt kdai mamak, mummy nmpk ada gigi br start to poke through.mcm leh x perasan nih??

At night, came another one. She has developed some runny nose and start coughing.The body heated up again and pia start throwing tantrum and looked tired coz not getting enuf sleeping.xtau la nape xnk tido.myb nk main ngan papa.asik2 tunjukkan tudung suh mummy pakai. so we brought her to playground bw pia main2 kt situ.

sunday nite, tinggal la mummy n pia. ada papa leh la gilir2 jg. huh mencabar gk bila ank dmm smp diri sndr pn nk dmm gk.hopefully lekas la sofea sembuh ek n mummy can enjoy long-awaited sleeping wholeheartedly!

isk..isk..I really trully badly need this!


sambil2 tu layan gambar2 zara-excited-dapat-buli-aimi n aimi-muka-x cukup-tido...



suke la tu sbb bb aimi n mak long balik kg. siap la aimi bangun kul 5.30 pg hari2 dgr kakak zara nyanyi bangun pagi2 gosok gigi....
hahaha...mesti aimi balik melaka nanti tak cukup tido.kakak zara mmg kaki buli.maklumla xde kawan kt kg. nk p sek xd sek yg terima sbb lum ckup 4 thun.sabar ek zara tunggu mummy balik CNY ni..

Tuesday, January 04, 2011

gud by mr express music...welcome Cik Satio

baru 2 hari skolah buka utk sessi 2011, wpn dh seminngu di sg besar, rasa mcm lama dh bersekolah.huhu..
suasana kt sambt penuh warna warni.. uniform baru, wajah pelajar baru n cikgu pn baru gk...

aha!..shud i call for new resolutions as i cant think any for this time being, adakepatut...suh budak pk azam tp diri sendiri xde azam..bukan xde azam tp azam ku blum expired lg..."SAMBT Cemerlang 2012" (by that time myb ai pn dh pindah, insyaAllah..)

smalam tel zara, bila mummy nyanyi lagu tanya sama pokok, terus dia ckp, balik rumah kito mi, balik umah kito. nak bukak laptop..(suh ai balik la tu, emm rindu kt mummy ke, rindukan laptop?)

kalo tak memang dia takkisah bila mummy tel. maybe teringat2 sbb masa ct sek asik buka laptop tunjuk video lg kanak2. nak pujuk dia senang je on laptop terus diam.sampaikan keyboard pn ditekan2 ikut sukahati dia jer..

keganasan zara bukan kt laptop jer tp dh terjangkit kt tel mummy. kalo dulu mummy dgn rela hati + konpiden bg dia main tel express music tu sbb nokia kan lasak,tapi kini tidak lagi selepas zara membasuh tel tu dgn kejam smp blackout sbb integrated circuit dlm tu terbakr. sadis...sadis..

so, skrg ni bertemankan nokia n72 yg dh nyawa2 ikan. wp buruk tp yg penting NOKIA tu..jadilah..

kt bwh gambar sofea kt depalma hotel kuala selangor. hotel ala chalet.


Sunday, December 12, 2010

cuti cuti malaysia

masih lg mood ct sek...wp sekejap jer dok Johor tp merasa gk la cuti cuti malaysia.sempat la menjamu mata dam selera apa yg ada kt sana. kena plak MT pantang nampak makanan, ngap ajer. cuma kempunan nk makan 'kambing bakar'. (sape suh en B bgtau, kan dh mengidam..)
sempat gk en B bw kami p jalan2 (n soping skali)kt JJ Tebrau City yg kunun terbesar di Johor tuh. memang besar pun.x sempat nk window soping lama2 sebb kejar masa nk p malacca plak.

okeh. on daway ke melaka singgah RnR Pagoh.Rehat makan dan solat.

suka wat gaya peace time bergambo...

kt melacca, kami p zoo melala.zara punyyer la seronot. tp xdan nk tgk sume animal sbb zoo dh nak tutup.

malu2 kucing sbb ramai tgk dia

then tido umah mak long. makan malam kt Umbai.bertolak kul 8.00 kul 10 mlm br sampai. ramai sampai x de tmpat nk parking. anak pun dh tido. tp sbb alang2 dh sampai order gk la. my doters pn start meragam. makan apa adanyer sajelah. yg lebih tu tapaw lik umah. nampak mcm ramai warg singapore yg dtg makan ikan bakaq kt situ. teringat2 lg nasi lemak ngan ikan bakq, kupang, asam pedas, ketam, udang ....

lebih kurang itu ajerlah cuti cuti malaysia MT sefamili. memandangkan anakanda zara qistina beta rindukan kampung halamanyer,kami pun berangkat balik ke PP. kali ni dgn air asia sbb en B cudnot join us sbb keroje.

abg long n aimi menyelit gk

1st time zara tgk real 'belon'

Thursday, December 02, 2010

stay-at-home-mom/wife

uiihhhh...baru tau camner rasa duk ngan hubby. sejak kawin xpernah dok sama. kalo ct pnjg pn balik kg jer...

kali ni nk try test dok ngan hubby plak.emmm..sama jer cam dok sorang.hehehe...
cuma seawal 5.30pg dh bgun, wat teh utk suami b4 beliau off to work. pastu upside down ngan sofea-house chores-sofea-cooking-sofea-laundry etc...

plg lewat kul 9mlm br beliau sampai umah.anak dh tido.hidangkan dinner utk beliau pastu beliau tgk tv n MT pun ckp: "k lah, nak tido dah ni, ngantuk. beliau pn menjwb: "aik..xkan dah ngantuk awal lg ni.MT pn balas, penat lah. Beliau bertanya lg, aikk..dok kt umah pun penat??..


mcm tulah xtvt harian MT kt Johor sejak 2 weeks ago. mana x bosan, dok dlm rumah jer.mana x penat naik turun 20 anak tangga 18x sehari..

yg paling seronot adalh my doters. They oll dpt berlari bekejaran atas tangga tangga tuh..hazap tul mummy nk kejar si kakak and kutip si adik nih..

layan gambar meh..






MT:lambatnyer nk tunggu skool bukak semula, ngeeee ;>

Wednesday, November 10, 2010

AWAS jangan goncang bayi anda!



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Monday, November 08, 2010

sofea make over..

3 hr cuti, MT manfaatkan sepenuhnyer.dok umaj jer.wpun ada request dr mr B jalan2 ke Kola selangor, tp better stay at home jer.byk keje bole wat.

agaknyer mr B dh boring sesangat so beliau menyelongkar koleksi baju2 budak yg mummy simpan and he came out wth dis idea??




pelik memang pelik mr B nih. dah puas MT cakap bj tu (t shirt polo)for boys ,.tp nak gk pakai kan kt sofea. so jadilah pia ganaz gitu ngan rambut kenteng2.so sweet but wierd tho.

agaknyer mr B dh stat nk mintak baby boy plak ler tu.

MT:rilek ar dulu..

Thursday, November 04, 2010

Petua isteri sentiasa dara

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Tuesday, November 02, 2010

Guru.... Bukan bermula 7:30, berakhir 2:30



SEORANG GURU BIASA



1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

taken from facebook

Monday, November 01, 2010

Cat ...



lagi 3 minggu nak cuti sekolah.sekarang tengah bz marking paper yg bertimbun.dah lama tak update perkembangan sofea.hari2 berlalu macam tu jer. sedar2 sofea dah boleh sebut CATttt..

wpun bukan mummy yg ajar, tapi rasa bangger gk la sbb sofea dpt sebut CAT wp br setahun jagung.wallpaper desktop mummy pun ada gambar CAT.sampai sofea belek2 kat belakang lappy kot2 CAT tu sembunyi kt belakang laptop.hehe..

tapi bila ada CAT tersesat masuk dalam rumah, mencicit2 lari takut ek...kelakou la piya nih...

Monday, October 11, 2010

Early birthday celebration

time flies sedar tak sedar sofea will be turning from bebe to todler  this friday. We had an early birthday celebration for her. saje nak makan kek, hehe..lagi pun minggu ni turn papa keje.

We planned to celebrate for her last Saturday and nothing special just simple lunch @ secret recipe. birthday sofea tp mummy n papa yg makan2 n makan…kenyang tul

smp rumah, mummy amik gambar sofea dgn cake. xwat party pun.sian sofea tak paham yg aritu hr jd dia. tak pelah yer yg penting dapt tunaikan niat papa nk celebrate birthday sofea. xlupa mummy bg cake tu  kat jiran2 terdekat.

more photos !!

09102010375  09102010377 muka baru bgn tido dlm kete…

09102010378  09102010380

kek choc indulgence.simple jer decoration cake nih.

Thursday, September 02, 2010

muting puting - Part2

ada 2 hari lg nk cuti sekolah.xsabr2 dh ni.barang2 dah kemas sket tp lum packing lg la.takut nt Mr B sampai kul 4 pg tergezut tgk brg berlonggok dpn pintu.hehe..
ala kete viva xleh nak bw brg byk2.xmuat nk duduknanti.yg penting sume brg sofea ada n kerepk mepek utk ry x tertinggal.

alkisah, MT nampak satu pic dalam paper. anak selebriti sucking pacifier like sofea gk.tp yg MT jd ralat sbb budak tu dah 2,3 thn. sgt xelok dipandang. kalo sofea ok lg la sbb still baby right.hehe..

terus dgn rakusnyer MT wat undang2 sendiri menHaRamkan jadahkan mende tu, tp slowly la. bila hantar rumah mama yam MT bg pacifier NUK yg confirm sofea akan sembur2kan mende alah tu(tak tau kenapa dia xnk yg tu). tp bila amik sofea, mama yam x komplain apa2, cuma MT tgk pacifier tu dok dlm bekas jer, xlg melekat kt mulut sofea mcm biasa.kt umah, MT bg pacifier yg biasa sofea nyot2.jahatkan...hehe...MT tak sanggup nk dgr sofea merengek2 xleh tido, lebih2 lg bulan posa ni MT cpt naik angin maah..

dh seminggu berlalu,barulah MT tukar teknik yg lebih kejam dan ala zionis. No pacifier at all!.tapi yg teruknyer MT la.nk ilangkan kemaruk sofea ni, MT bw dia ronda naik kete, tolak stroller pepagi buta, naik buaian, jalan2 umah mama yam.satu hari yg cukup panjangggggggggg...kul 7.30pm, akhirnya sofea tido gk.tp sepanjang malam, setiap 2,3 jam , dia akan bangun n MT dgn penuh keibuan akan dodoikan sofea smp tertdo semula.

hari kedua, MT xlarat nk wat semua tu sbb balik sekolah mmg dh exhausted sgt.so layan x layan jer la peel sofea kemaruk puting.kul 8 mlm br tido. bejaya tp sdkt kesian sbb MT xbuat apa2 utk tlg dia hilangkan ketagihan puting tu.rasa sedih gk tp MT kuatkan semangat gitu.

Hari ni, sama sama la berharap sofea lebih tabah dan cekal. harap sofea tahu semua ni mummy wat utk mu sayang...

adios bebeh..

Tuesday, August 24, 2010

Buffet Ramadhan di D’muara Sg Hj Dorani

22082010254 22082010257  22082010259

Ahad lepas kami berbuka di D’Muara Haji Dorani. Booked meja utk 2 0rang. Baby 9 mo FOC. kul 6.30pm dah g sana. excelli dh selalu g tp first time iftar kt situ.

first impression ingatkan menu nyer ada tempe segala, sambal tahun bla bla (yg bercirikan jawa la). kira kami memperlekehkan2 tempat tula.TAPi.. bila sampai, rambang mata weh. ye la rm 19.90 /person kira berbaloi sgt. apatah lagi kalo yg dtg perut besar. harap kan kami berdua alahai… makan setakat yg mampu perut terima jer. kena plak tang tu Allah bg ai MC jd selera terbantut sket. Mr B mcm biasa makan dgn penuh tamakninah wp pun feveret beliau mr CRAB dok depan mata. Rugila beliau sbb makan sekor jer. ORg belakang penuh pinggan ratah mr CRAb tuh.Dengki..dengki..

ada surau kat situ, kalo nk benti makan kejap n solat pastu sambung makan balik pun bole. ada cabutan bertuah lg. abis makan kami  pn balik la. nak tunggu apa lagi, sofea dh nyanyi2 lagu TOMAT ~waliband. nyamuk pun byk maklumlah open air restaurant

gambar makanan x snap pun sbb maluuuuu… nanti kata pelahap sangat.muhahaaha….excelli ai xbw telepon. gambar sofea tu pun ehsan Mr B.

nanti nak pi lagi la..

Thursday, August 19, 2010

Zara yg kusayang

05012006

dear zara,

we all missed u so much.x sabar rasanyer nk lik kg.cuti seklh pn xlama lg.tunggu mummy k.

kesian zara, beberapa minggu yg lps zara dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut. yg mummy tahu mulut zara penuh dgn bintik2 merah sampaikan xleh makan n minum susu.5 hari jugak ler zara berpuasa, xmenjamah makanan n minuman.

kesian opah susah pyh jg zara sampai skrg dh sembuh n ceria mcm selalu. lps dmm, skrg zara dah mula kemaruk makan n makan n makan. maybe zara dah berisi sket dr gambar atas tu..

zara sgt suke blajar nyanyi. tp mummy x jupe lirik 2 lg dlm bm utk ajar zara. so zara blajar apa yg opah tau jelah. smlm mummy dgr  sofea nyanyi lagu aci aci buka pintu. bravo..

nk tergelak dgr zara nyanyi “nyonya baalik pukul shatu!” ..

syabas betey..

Monday, August 16, 2010

3rd Anniversary di bulan yg mulia

Ahkhirnya bulan Ramadhan yang di nantikan oleh seluruh umat islam membuka tirainya. sempena Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan, lebih tepat hari ini 6 ramadhan 1431 <16 August 2010> mummy and papa menyambut 3rd anniversary.3 tahun bersama dengan masam manis, gelak tawa, dugaan cabaran, bla bla.. and blessed with 2 cutest doters in the world.. :))

sabtu lps, turn papa keje, tp papa drove back gk semata nk celebrate our anniversary tau sofea!!<bukan nk main ngan sofea k, so stop manje2 ngan papa, mummy jeles..>kepulangan papa meringankan keje mummy sket cuz mmg mummy xlarat nk layan sofea sorang2.sekarang sofea suka main sampai sayang nk tido. menguap pat belas kali tapi maintain jer..kalo nk main sorang2 xpelah, tp nk gk menyibuk time mummy nk masak yer…

the other day,mummy g “perfume world” kt aeon bkt tinggi. papa beli perfume pe tah. bila TeR tgk miniature perfume yg comel loteh, mummy jatuh chenta ngan botol kecik2 tu. so skrg mummy dh ada hobi baru, yg harum dan murah: collect perfume miniature! mcm besh jer. so far mummy dah collect sebanyak baru baru ada sebotol jer. hehe..

16082010533 comel kan?cinonit jer size dia.

tp sempena anniversary kami, papa gimme surprise hadiah : armani code 50 ml. yuhuuu..

14082010522   14082010525 body lg kiut n ramping

thankeyu..suker nyer…

Wednesday, August 11, 2010

syabas

hr sabtu lepas, bersekolah cam biasa cuz ganti cuti hari raya. tp no PNP, ganti dgn perkampungan ilmu dan majlis tahlil perdana.

kul 12.30 noon, hatiku dah teringat kt umah, anak, dan mr B. lagipun kami ada perancangan nk pi KL soping baju raya utk anak2.

balik umah terus kemas2 n headed to Klang, pastu kul 5 sampai KL. cari hotel area Chow Kit nk check in tp dh fully booked. ingatkan hotel byk kosong tp dr kl, pj, shah alam-sume penuh.huhu..tak sangka pulak mcm ni.dr xde bintang sampai berbintang2 kami dah try. duit parking jer hangus tp habuk pun xdapat.

kul 10 mlm,mr B dah angin kus2 merajuk xnk dtg lagi KL.handphone aku pn smp kong pasang lagu “tomat” wat ulik sofea. then, kami balik klang n try ty hotel goldcourse. rasanyer itulah satu2 hotel kat klang dan aku pun dah biasa pegi situ kalo ada kursus 2,3 hr.akhirnya dpat la check in room-executive suite. tp sedey tak dapt amik gmbar sofea sbb bateri tel dh kong.:(

pg lepas breakfast sakan, kami check out n gi Aeon Bukit Tinggi (mr B merajuk xnk p kl dah). so borong baju raya anak je la pastu  lik sg Besar.smp umah mr B dah injured n pengsan. kesian suamiku sbb bersusahpayah ikut kehendakku yg nak pi KL sangat2.syabas betey...

Lg besh dapat ngap GCB mc D yg besh tu. sekali time on da way ke Kl.sekali lg kt Aeon tinggi. napa la Mc D xde kt sg besar.kalo x hari2 dpt ngap GCB tuh.ngeee :)

gmbr ehsan handset mr B:

08082010201 08082010202

@cafe Hotel Goldcourse,Klang

08082010206 08082010208 @sg besar

@ aeon bukit tinggi, klang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...